BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 23, 2010

satu hari di bilik darjah...

Al kisah Suatu hari dalam kelas GC...

Masa Pertama : Kelas dah bermula 1 jam yang lalu
CIKGU : Riepang... awak baru masuk kelas? Kenapa awak lambat sangat masuk ni?
RIEPANG : Bukan salah saya cikgu... papan tanda tu...
CUKGU : Papan tanda apa ni?
RIEPANG : Papan tanda tertulis macam ni " Awas, Perlahan! Kawasan Sekolah di Hadapan"

Mata Pelajaran : Sejarah Dunia
CIKGU : Laila, pergi ke peta di hadapan kelas ni dan tunjukkan kedudukan Amerika Utara.
LAILA : Kat sini!
CIKGU : Betul. Murid-murid, sekarang beritahu cikgu, siapa yang telah menemui Amerika Utara.
MURID-MURID : Laila cikgu....

Matapelajaran : Matematik (so kena guna Bahasa Inggeris)
CIKGU : Mattakmatik, why are you doing your math multiplication on the floor?
MATTAKMATIK : You told me to do it without using tables! (table? meja ker? sebenarnya cikgu tu kata jangan tiru jadual sifir...)

Matapelajaran Bahasa Melayu (Ejaan)
CIKGU : Sasookee macam mana awak nak eja Beaufort (nama satu tempat kat Sabah)?
SASOOKEE : 'B..O..F..O..T'
CIKGU : Tidak Sasookee... salah.
SASOOKEE : Mungkin salah, tapi cikgu tanya macam mana saya na eja kan...?

Matapelajaran Sains (Bahasa Inggeris sepatutnya tapi dah terjemah...)
CIKGU : Zoel, apakah formula kimia untuk air?
ZOEL : H I J K L M N O!!
CIKGU : Apa yang awak cakap ni?
ZOEL : Eh.. kan semalam cikgu cakap H to O...!

Matapelajaran Bahasa Inggeris (Grammar)
TEACHER : Herleona, give me a sentence starting with ' I. '
HERLEONA : I is...
TEACHER : No, Herleona..... Always say, 'I am.'
HERLEONA : All right... 'I am the ninth letter of the alphabet.'

Matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan...
CIKGU : Radingaz telah memotong semua pokok-pokok bonsai kesayangan ayahnya... Apabila ditanya oleh ayahnya, Radingaz tidak takut untuk mengakui perbuatan nakalnya itu. Ayahnya kemudian memaafkannya dan tidak menghukum Radingaz. Kenapa agaknya ayah Radingaz tidak menghukum Radingaz?
GABRIS: Sebab Radingaz masih memegang kapak cikgu!

~He.. he.. he... Semoga... panjang umur semua cikgu-cikgu dalam dunia ni... Aminnn~

0 comments: