BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 23, 2010

Jangan main2 gn orang gila..

Al-kisah..... adalah satu kampung ni..nama
kampung ni kampung pinang 18 batang.kat
kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia.
Dalam kampung yang aman ni... ada la sorang
laki ni. Nama dia Ali(nama sebenar). Ali ni orang
gila kat kampung ni. So... ramai la yang pandang
slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia..
nak dijadikan cerita...

Pada suatu hari... si Ali ni gi la masjid nak
semayang jumaat... ey... ni educated nyer orang
gila tau... semayang tak tinggal. Contohi lah dia
ni.
Sedangkan orang gila pun semayang... korang
yang siuman ni pun semayang la gak ek... ok,
sambung citer.

Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la
kan. So... masa dia nak balik tu tetiba dia tengok
selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper
lagi... mengamuk la dia...

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon
masjid tu lalu dia pun berkata: "kepada sesiapa
yang mencuri selipar aku, baik ko pulang
cepat.!!!!!!!..."

Semua orang menjadi takut... ye la... orang gila
kan... memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak
anak bini orang kang... ha... naya.."kepada
sesiapa yang curik selipa kesayangan aku tu...
baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat
seperti mana ayah aku buat!!!" lalu orang yang
curik tu pun pulang la balik.

"lek la bang... gurau jek"

Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius...
muka macam nak makan orang gitu... haa... lalu
budak yang curi selipa dia tu pun blah tanpa
memandang ke arah Ali... takut la tue... lalu tok
imam pun menegur Ali dan bertanya; "kalau dia
tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa
yang ayah kamu lakukan..??" dengan suara dan
wajah yang slamber..Ali pun berkata

"saya balik kaki ayam la tok.."

0 comments: